Anda sudah tahu bagaimana membina blog / website. Tetapi anda tidak tahu bagaimana atau apakah yang anda harus letak dalam blog anda?
Sebenarnya ini sudah terbalik :) . Selalunya, mereka yang membina blog atau website sudah tahu apa yang mereka ingin letakkan dalam blog tersebut. Jangan risau, kita beruntung sebab kita reti berbahasa inggeris dan berbahasa Melayu :) . Tujuan saya bukan untuk menggalakkan plagiarism tetapi untuk menambahkan pengetahuan anda. Bagaimana? teruskan membaca

Cara yang terbaik untuk mendapatkan content atau post pertama anda ilah mengkaji apakah yang anda minati. Buat rujukan sebanyak mungkin
melalui internet dan kumpulkanmaklumat tersebut. Sekiranya anda ingin menulis sebuah blog berbahasa Melayu, kumpulkan content berbahasa
inggeris dan sebaliknya – Copy dan save sebagai text file. Gunakan khidmat google translate untuk menterjemahkan apa yang anda kumpulkan itu. Walau bagaimanapun, anda harus menyusun semula ayat-ayat yang telah diterjemahkan untuk memberi makna yang lebih baik kepada post tersebut.

Cara ini bukan sahaja memberikan anda content yang anda inginkan tetapi juga memperbaiki penguasaan bahasa ingeris dan bahasa Melayu anda :) Menterjemah dan menyusun semula ayat-ayat content tersebut juga akan dapat memberikan keunikan kepada post-post anda.


Beberapa peraturan penting sekiranya anda menggunakan teknik ini:

Anda mesti menulis tentang sesuatu yang anda minati
Sekiranya anda tidak berminat tentang tajuk yang anda cari, bagaimana pula anda sanggup menghabiskan masa membuat kajian dan rujukan?
Adakah anda Menulis untuk target keywords Adsense google yang mahal-mahal? Ataupun anda sebenarnya tidak kisah tentang apa yang anda tulis?Tulis tentang tajuk yang anda minati sahaja.

Anda harus memahami perkara yang anda tulis
Kalau anda sendiri pun tidak faham apa yang anda tulis, apatah lagi orang lain. Bukan begitu? Cuba elakkan tajuk-tajuk yang susah. Tumpukan kepada tajuk yang mudah dan yang penting sekali anda mempunyai pengetahuan tentang perkara tersebut – walapun sedikit.

TEKNIK INI TIDAK BERGUNA SEKIRANYA ANDA TIDAK MENYUSUN SEMULA TEXT YANG TELAH DITERJEMAHKAN
Kebanyakan content blog sekarang merapu-rapu kerana ramai orang target kepada adsense sahaja dan bukan menulis untuk pembaca. Sekiranya anda Menggunakan khidmat google translate dan kemudian terus copy dan paste ke dalam blog anda.. Saya jamin, content tersebut tentu akan diindex oleh google bot sebagai ‘Duplicate content’. Post yang dibuat seprti itu juga sangat pelik kerana mempunyai susunan perkataan yang tidak tersusun dan sukar difahami.

Kesimpulan
Bagaimana? sekiranya anda telah mencuba teknik ini, saya yakin, anda bukan sahaja telah mendapat satu content untuk blog anda malah juga telah memberikan ilmu kepada anda – tak kiralah ilmu yang anda dapat itu banyak atau sedikit ;-)


Promosi Pasang Iklan Percuma
Anda boleh memasang 5 iklan percuma sekarang !
http://www.cdbuatduit.com/?id=Mohdredzuan
Newer Posts »